SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Assalamualaikum
Para pelajar dan tenaga pengajar Pra-U SMK Penanti
Esok 3 Januari 2011 kita akan memulakan sesi persekolahan bg tahun 2011..berita sedih yang kita terpaksa hadapi ialah Penolong Kanan Tingkatan 6, Tn Hj Shamsudin Mat telah pun meninggalkan kita untuk berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah di PPD Tengah. Tahniah atas kenaikan pangkat beliau, semoga beliau terus diberkati Allah SWT. Terimakasih tidak trhingga selama beliau menjadi PK kita, banyak bimbingan dan tunjuk ajar yang telah beliau berikan baik kepada pelajar mahupun guru-guru di bawah seliaan beliau. Hilangmu sukar dicari ganti. Bagaimanapun kita harus meneruskan juga perjuangan kita yang tidak pernah selesai.

Pn Norida Harun akn menggntikan tempat beliau mulai 1 Januari 2011. Tahniah kepada Puan Norida, beliau telah mengalami keguguran pada waktu cuti yang lalu. Semoga beliau juga akan sihat sejahtera untuk berkhidmat kepada kita...

Untuk pelajar2 6 Atas.. selamat kembali ke sekolah, teruskan perjuangan anda, ingatlah tiada kejayaan tanpa usaha berganda. Biarlah kwn2 yang pergi melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan sijil, tp anda akan terus ke peringkat ijazah tahun hadapan. Jangan leka, jangan lupa pada tugasan2 dan kerja rumah terancang yang telah diberikan..Berusahalah untuk kebaikan dan kejayaan diri sendiri, tiada yang paling manis selain kejayaan hasil usaha sendiri. InsyaAllah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Barisan Tenaga Pengajar Pra-u SMK Penanti

Barisan Tenaga Pengajar Pra-u SMK Penanti

Followers