Ada beberapa soalan untuk anda dan saya fikirkan mengenai kejayaan.
1. Adakah kita selalu melihat kejayaan orang lain dan terfikir bilakah kejayaan itu akan menjadi milik kita pula?
2. Adakah kita selalu bersorak, gembira dan bercerita tentang kejayaan orang lain sedangkan kita tidak berbuat sesuatu untuk mencapai kejayaan tersebut itu sendiri?
3. Adakah kita selalu menunggu waktu yang sesuai dan sempurna untuk memulakan usaha mencapai kejayaan?
4. Adakah kita selalu merungut dan mengeluh tentang nasib baik orang lain dan masalah yang sering melanda diri kita?
Soalan terakhir,
5. Apakah yang sanggup kita lakukan agar impian agung kita terus meluncur ke arah destinasi yang kita harap-harapkan?
Nasihat saya kepada diri saya sendiri, jika saya mahu berjaya, berhenti merungut, tentukan impian yang ingin dicapai dan lancarkannya. Lancarkannya dengan bersungguh-sungguh agar ia mampu meluncur laju menuju destinasinya. Bagaimana dengan nasihat anda kepada diri anda sendiri pula?
Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti, 14400 Kubang Semang, Seberang Perai Tengah.
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Motivasi Kejayaan- 7 Tabiat Orang Yang Berjaya(Stephen Covey)
1.Pro-aktif
Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.
2.Mula dengan wawasan di dalam minda
Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.
3.Utamakan yang utama
Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.
4. Fikirkan Menang-Menang
Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.
5. Dengar dahulu sebelum berkata
Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka menerimanya.
6. Sepadukan usaha
Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.
7. Tajamkan pedang
Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.

Penat belajar? Penat lagi tidak belajar..
Kerap kali kita mendengar rungutan pelajar mahupun orang dewasa tentang betapa penatnya mahu belajar sesuatu. Pelajar di peringkat sekolah mengadu betapa penatnya belajar 8 hingga 10 subjek. Pelajar di peringkat universiti mengadu betapa penatnya membuat 5-8 assignments dalam satu semester. Orang dewasa yang sudah bekerja pula merungut betapa penatnya mahu belajar teori-teori baru atau cara baru melakukan sesuatu kerja.
Satu perkara yang pasti, merungut memang seronok dilakukan. Ia membuat kita rasa lega. Ia membuat kita rasa puas. Terasa kita patut diberi simpati dan belas kasihan. Terasa semua orang perlu faham situasi kita dan mungkin cuba kurangkan sedikit beban yang kita rasa kita tanggung selama ini. Namun, perlu difikirkan, apabila kita merungut, adakah beban belajar itu menjadi semakin ringan?
Sebagai contoh, apabila kita sedang beratur di pejabat pos untuk membayar sesuatu dan barisannya terlalu panjang dan bergerak terlalu perlahan, adakah ia akan berubah jika terus-menerus merungut?
Sudah tentu tidak bukan?
Satu perkara yang perlu kita ingat (jika sudah lupa) dan sedar (jika masih juga tidak sedar ) ialah merungut tidak menyelesaikan masalah. Malah ia membuat sesuatu masalah kelihatan lebih besar daripada keadaan asalnya. Cara mudah untuk tidak merungut ialah jangan beri apa-apa komen dan fokuskan minda kepada perkara-perkara lain yang boleh menarik perhatian dan menenangkan hati kita.
Sebagai contoh, semasa beratur panjang di pejabat pos tadi, alternatif kepada merungut ialah fokuskan mata kepada apa yang ada di sekeliling. Lihat pada sesuatu yang boleh menarik perhatian kita seperti hiasan di tempat itu, banner iklan, gelagat orang berbual-bual, perangai kanak-kanak yang berlari-lari dan sebagainya. Timbulkan rasa seronok dalam diri semasa melihat perkara-perkara tersebut. Cuba lakukan tips ini dan lihat apa yang berlaku kepada barisan yang panjang tadi? Setidak-tidaknya, apa yang berlaku kepada rasa hendak merungut yang tidak mendatangkan faedah tadi?
Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah jika kita terasa belajar itu penat, tahukah kita bahawa tidak belajar itu jauh lebih memenatkan?
Bayangkan kali pertama kita dihadiahkan sebuah basikal. Dengannya, kita boleh pergi ke sekolah sendiri dengan lebih cepat. Malah kita boleh pergi ke mana-mana menggunakan basikal tersebut. Masalahnya, kita perlu belajar dahulu bagaimana hendak menunggangnya. Bukan sahaja ia susah pada mulanya malah menyakitkan. Berapa banyak luka di kaki dan tangan kita akibat terjatuh? Berapa kali agaknya kita menangis atau menyumpah-seranah kerana basikal itu tidak mahu mendengar kata? Susah bukan?
Namun, apa akan jadi kalau kita tidak mahu penat belajar menunggang basikal? Adakah berjalan kaki ke sekolah kurang memenatkan?
Pelajar yang merungut belajar itu memenatkan barangkali tidak pernah terfikir apa akan jadi beberapa tahun akan datang. Bayangkan kita rasa penat dan mahu berhenti belajar. 20 tahun akan datang kita akan terjumpa semula rakan-rakan sekelas atau satu sekolah. Mereka semua meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka semua sama ada berkerjaya professional atau menjadi usahawan yang sangat berjaya.
Mereka mengumpul kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan dalam masa yang cepat dan singkat. Tidakkah ia memenatkan hati dan perasaan kita melihat ini semua sedangkan kita terkial-kial untuk membayar bil setiap bulan? Tidakkah ia memenatkan semangat dan azam dalam diri kita apabila kita tahu yang usaha kita (tanpa pendidikan) sukar membawa kita ke mana-mana?
Bagi orang dewasa yang terasa penat mempelajari ilmu baru pula, tidakkah ia memenatkan apabila kita asyik gagal dalam apa yang kita lakukan? Bukankah ia semakin memenatkan apabila kita tersedar bahawa kita asyik melakukan kesilapan yang sama sejak 20 tahun yang lalu?
Jadi, pesan saya buat diri saya sendiri, pelajar -pelajar dan rakan-rakan seperjuangan, lebih baik penat kerana belajar sekarang daripada penat menyesal di kemudian hari. Penat belajar mungkin hanya beberapa gram sahaja dibandingkan dengan penat menyesal beberapa tan.
Saya ucapkan, selamat belajar ilmu yang baru. Selamat berhenti merungut dan fokus minda kepada sesuatu yang menarik minat kita dan akhir sekali, selamat menempuh cabaran demi mencapai kejayaan!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- ANALISIS STPM
- Bahasa Malaysia
- bengkel
- BIASISWA
- FREE
- KEM MUTIARA GEMILANG
- KEPUTUSAN STPM 2010
- KPTSAN STPM 2011
- motivasi
- MUET
- nasihat
- panitia pengajian perniagaan
- pendaftaran 6 bwh
- pentadbiran PraU
- perkampungan ilmu
- PETUA
- RC
- SISTEM MODULAR 2012
- Soalan Percubaan STPM
- ucapan
- ukmb
- UP1
- wahida pelajar terbaik stpm smkp 2010
Barisan Tenaga Pengajar Pra-u SMK Penanti
Followers
Laman IPTA Malaysia
- Universiti Darul Iman
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Malaya
- Universiti Malaysia Pahang
- Universiti Malaysia Perlis
- Universiti Malaysia Sabah
- Universiti Malaysia Sarawak
- Universiti Malaysia Terengganu
- Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Teknologi MARA
- Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
- Universiti Utara Malaysia